MOSCOW, 26 APRIL – Syarikat petroleum India berminat untuk meningkatkan pembelian minyak mentah dari Rusia, kata timbalan ketua Misi Perdagangan Rusia di India Evgeny Griva kelmarin.
“Kedua-dua Indian Oil Corporation dan Reliance Industries, syarikat swasta India terbesar, berminat untuk meningkatkan perolehan minyak mentah dari Rusia,” kata Griva pada forum minyak dan gas antarabangsa NEFTEGAZ 2023 di Moscow, lapor Sputnik.
Beliau berkata minat syarikat India untuk bekerjasama dengan Rusia tidak terjejas oleh sekatan Barat.
“India menghantar isyarat, baik di peringkat negeri dan di peringkat syarikat (swasta), bahawa mereka bersedia untuk meningkatkan bahagian masing-masing dalam projek yang mereka telah sertai,” kata Griva.
Moscow menganjurkan Pameran Antarabangsa Peralatan dan Teknologi untuk Industri Minyak dan Gas, juga dikenali sebagai NEFTEGAZ 2023 ke-22, dari Isnin hingga Khamis.
Forum itu menghimpunkan pegawai, pengilang dan pengguna. – Bernama