Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Syarikat pemula niaga hasil aiskrim mesra alam

    KUALA LUMPUR, 17 MEI – Syarikat pemula niaga tempatan Carpe Ri Sdn Bhd bersedia menyahut cabaran dengan menawarkan pilihan pemasaran dan penjenamaan unik untuk syarikat menerusi produk aiskrim mesra alam keluarannya, ‘Float On Cone.’

    Diasaskan bersama oleh Joon Tan dan Danieul Mudali, syarikat terbabit menawarkan aiskrim enak yang boleh digabungkan dengan warna menarik, sekali gus menjadi sajian pencuci mulut khusus serba unik serta menjadi sebahagian daripada tawaran penjenamaan syarikat pelanggan.

    “Sebagai contoh, AirAsia atau Grab yang mana kami boleh menghasilkan  konfeksi khusus yang memaparkan warna logo selain kisah mereka menerusi  penggunaan bahan yang sesuai,” kata Tan kepada Bernama.

    Sejajar sasaran syarikat itu untuk melangkah bagi episod pertumbuhan seterusnya dan muncul sebagai syarikat bernilai AS$100 juta menjelang 2030, Tan dan Mudali teruja untuk menjalin kerjasama dengan pelanggan, khususnya restoran perkhidmatan pantas (QSR) global.

    “Kami dalam proses rundingan dengan beberapa jenama di Filipina, Indonesia dan Malaysia. Namun, butiran itu tidak dapat didedahkan kerana terikat dengan perjanjian berkaitan,” kata Tan.

    Menurutnya, ‘Float On Cone’ juga hanya melepaskan jejak karbon yang minimum kerana tidak memerlukan penggunaan kertas, cawan atau straw plastik. Ini berikutan keseluruhan pencuci mulut itu boleh dimakan ke-cuali kertas kecil yang membaluti kon tersebut.

    Tan berkata pasaran utama produk itu adalah QSR seperti restoran makanan segera McDonald’s, Jollibee, A&W dan Marrybrown.

    Beliau turut menyifatkan potensi komersial produk itu telah menarik pemacu syarikat pemula niaga Malaysia, Cradle Fund yang memilih Carpe Ri bagi program bimbingannya. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...

    Terkini