Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Syukur diberi peluang kembangkan kemahiran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Dalam melengkapkan belia dengan kemahiran-kemahiran yang dikehendaki masa kini terutama dalam sektor industri, 207 pelajar daripada pelbagai jurusan di Politeknik Brunei (PB) dan Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah diberikan tawaran pekerjaan bersyarat (COE) oleh Hengyi Industries Sdn Bhd.

    Wakil-wakil pelajar yang ditemui semasa majlis penandatanganan COE berkenaan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini, rata-ratanya melahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan oleh Hengyi.

    Dayangku Avril binti Pengiran Mohd Roslan dari PB yang mengikuti pengajian dalam Teknologi Makmal berkata, bidang berkenaan merupakan salah satu bidang kerjaya yang tepat untuk diceburi.

    “Dengan tawaran yang diberikan oleh Hengyi ini, ia akan dapat mengembangkan kemahiran kami bukan saja pada masa ini tetapi juga pada masa akan datang,” tambahnya.

    Beliau seterusnya berharap selepas tamat Teknologi Tahap 3, beliau akan dapat menyertai Hengyi dengan kemahiran yang diperoleh semasa dalam program sekali gus akan dapat menimba lagi ilmu, pengalaman dan dapat menerapkan apa yang dipelajari semasa dalam program berkenaan.

    ATAS & BAWAH: Dayangku Avril, Awang Muhammad Muqri, Awang Nurrahiim dan Lim Chun Wei semasa ditemu bual oleh media.

    Awang Muhammad Muqri bin Ansyura dari IBTE Kampus Jefri Bolkiah, Kuala Belait, yang mengikuti Program Diploma Kejuruteraan Kawalan dan Automasi selama tiga tahun, berkata bahawa peluang yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya ditambah lagi dengan minat yang mendalam dalam bidang berkenaan selain berharap akan dapat menyertai Hengyi setelah menamatkan pengajian nanti.

    Awang Nurrahiim bin Raziman yang memilih bidang Thermal Power Plant Technology pula berkata, program berkenaan adalah yang pertama ditawarkan dan baharu diperkenalkan di negara ini. Beliau seterusnya berharap dengan pengalaman yang diperoleh melalui program tersebut, akan dapat digunakan dalam pekerjaan dan melanjutkan ke peringkat seterusnya.

    Walaupun bidang berkenaan baharu diperkenalkan di negara ini, pada masa akan datang, lebih ramai belia-belia yang akan memilih bidang yang ditawarkan oleh Sekolah Petrochemical berkaitan dengan Hengyi kerana ia akan dapat mengurangkan jurang tenaga manusia tempatan.

    Sementara itu, Lim Chun Wei yang mengikuti pengajian di PB dalam bidang Teknologi Rawatan Air pula melahirkan kegembiraan dan bersyukur atas peluang yang diberikan oleh kerajaan dan Hengyi kerana memberi peluang menimba ilmu dan kemahiran terutama dalam bidang minyak dan gas. Dengan anugerah yang diterima itu, ujarnya, ia akan menjadi pemangkin semangat bukan saja untuk diri sendiri tapi untuk rakan-rakan junior untuk mengambil dan menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya.

    Sepanjang tempoh pengajian yang sudah memasuki tahun kedua dalam program ini, beliau telah memperoleh pelbagai pengalaman dan pembelajaran seperti pada masa ini, beliau mempelajari cara menguji kualiti dan standard air selain mengadakan lawatan sambil belajar ke Empangan Kargu di Labi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...