Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taikun hartanah Vietnam berdepan pertuduhan baharu

    HO CHI MINH CITY, 19 SEPT – Seorang taikun hartanah Vietnam yang dijatuhi hukuman mati kerana penipuan berjumlah AS$27 bilion telah telah dibicarakan hari ini dalam kes berkaitan yang dituduh melakukan pengubahan wang haram.

    Truong My Lan, pengerusi pemaju utama Van Thinh Phat, didapati bersalah pada April kerana menipu wang dari Bank Komersial Saigon (SCB) selama lebih 10 tahun dalam salah satu kes rasuah terbesar dalam sejarah.

    Lan dan 33 defendan lain dibawa ke mahkamah di Ho Chi Minh City awal hari ini dalam konvoi van polis, ketika puluhan mangsa penipuan menunggu di luar menuntut untuk dibenarkan masuk ke dewan perbicaraan yang dihadiri hampir 100 peguam bela.

    Di luar bilik mahkamah utama, kira-kira 1,000 tempat duduk disusun di koridor dan kawasan sekitarnya, dan skrin TV besar disediakan untuk orang awam yang dijemput mengikuti perbicaraan itu, kata media kerajaan.

    Keselamatan ketat ketika Lan memakai pelitup muka dan diapit oleh pegawai polis duduk untuk permulaan perbicaraan selama sebulan di mana dia dan defendan bersamanya menghadapi tuduhan baharu pengubahan wang haram, penyeludupan wang rentas sempadan secara haram dan penipuan.

    Kira-kira 36,000 orang telah dikenal pasti sebagai mangsa penipuan SCB, yang mengejutkan negara komunis itu dan mencetuskan protes yang jarang berlaku daripada mereka yang kehilangan wang masing-masing.

    Hoang Ngoc Diep memberitahu AFP bahawa dia kehilangan AS$69,000 wang yang dia simpan melalui ‘darah, keringat dan air mata’ selepas melabur dalam bon SCB pada tahun 2022.

    “Saya mengalami gangguan mental dan kemurungan selepas menyedari apa yang berlaku,” kata wanita berusia 47 tahun itu dalam satu temu bual sebelum perbicaraan. – AFP

    Seorang veteran perang Vietnam dan mangsa penipuan tiba bersama mangsa lain untuk menghadiri prosiding mahkamah taikun Vietnam di Ho Chi Minh City, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda