Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Taiwan catat kes COVID import tertinggi

    TAIPEI, 10 JAN – Pusat Perintah Epidemik Taiwan (CECC) melaporkan 25,063 jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa termasuk 560 kes import dengan 26 kematian.

    Menurut CECC, 560 kes itu merupakan jumlah kes import tertinggi yang dilaporkan oleh Taiwan dalam sehari sejak wabak itu meletus pada 2020, sebahagian besarnya mencerminkan lonjakan kes yang melibatkan pelawat yang memasuki Taiwan dari China.

    Jumlah kes menunjukkan penurunan 0.6 peratus dari hari yang sama seminggu sebelumnya, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan yang memetik CECC. Mereka yang meninggal dunia berumur antara 50-an dan 90-an dan 14 daripada kes kematian membabitkan mereka yang tidak mendapatkan vaksin COVID.

    Sementara itu,16.3 peratus daripada 1,386 pelawat yang tiba terus dari China pada 8 Januari diuji positif sama seperti 15.1 peratus daripada 53 pelawat dari Xiamen ke Kinmen dan Matsu.

    CECC mengeluarkan statistik harian mengenai peratusan ketibaan dari China yang disahkan positif COVID, namun angka tersebut tidak sepadan dengan jumlah kes import yang dilaporkan setiap hari berikutan tiada laporan selain ujian yang dijalankan yang tidak dikumpul. – Bernama

    Orang ramai memakai topeng muka untuk melindungi daripada penyebaran COVID-19 di Taipei, Taiwan, pada 22 September, 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...