Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis rai ulang tahun ke-103 Bapa Pengasas Bangladesh

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam meraikan Ulang Tahun Bapa Pengasas, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman ke-103 di Premis Chancery, suruhanjaya berkenaan di Tanah Jambu, hari ini.

    Acara tersebut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti dengan doa-doa khas khusus untuk Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman atas semangat patriotisme, cinta dan perjuangan beliau kepada negara dan rakyat.

    Semasa majlis, Puan Yang Terutama turut menyampaikan ucapan alu-aluannya menyatakan harapan agar warga Bangladesh di Brunei Darussalam terus memberikan kerjasama dan bekerja keras demi menjaga nama baik Bangladesh.

    Acara diteruskan dengan sesi memotong kek ulang tahun ke-103 Bapa Pengasas Bangladesh oleh Puan Yang Terutama dengan disaksikan oleh para jemputan yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Bangladesh yang berada di negara ini.

    PYT Nahida Rahman Shumona memotong kek bersama para jemputan pada majlis yang berlangsung di Premis Chancery, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Tanah Jambu, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda