Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tak nak buat silap

    PHILLIP ISLAND, 18 OKT – Jorge Martin dari Sepanyol berazam untuk mengurangkan sebarang kesilapan ketika saingan kejuaraan yang sengit beralih ke Phillip Island minggu ini selepas kesilapan di Indonesia menyebabkan dia kehilangan kedudukan teratas dalam carta MotoGP.

    Pelumba dari pasukan Pramac itu memenangi acara pecut di trek Mandalika di Lombok pada hujung minggu lalu untuk membina kelebihan tujuh mata dalam kejuaraan ke atas pelumba dari Itali, Francesco Bagnaia.

    Namun, dia mensia-siakan usahanya apabila jatuh di perangkap batu ketika tiga saat di hadapan dan kelihatan berada di landasan tepat untuk kemenangan keempatnya tahun ini.

    Ini adalah kali pertama dia tidak mendapat mata dalam perlumbaan sejak pusingan ketiga di Austin pada April.

    Dengan hanya lima perlumbaan lagi daripada musim 20 perlumbaan ini, dia tidak boleh membuat sebarang kesilapan lagi di Australia dengan Bagnaia yang menunggang Ducati kini berada 18 mata di depan dan rakan senegara dari Itali, Marco Bezzecchi masih dalam saingan dengan 45 mata di belakang.

    Martin menyalahkan trek yang kotor untuk kemalangannya dan menegaskan bahawa ia hanya satu kesilapan.

    “Sudah 14 perlumbaan tanpa kesilapan. Ia hanyalah statistik. Ia akan datang lambat laun,” katanya. “Jadi, untuk perlumbaan yang masih berbaki, saya berasa yakin untuk berjuang ke arah kemenangan.”

    Penyandang juara dunia, Bagnaia menerima pemberian Martin, melakar kemenangan keenam MotoGP pada 2023 dan yang pertama sejak Austria pada Ogos.

    Kemenangan Austria itu meletakkan Bagnaia 66 mata di hadapan Martin, tetapi kecederaan dan kesilapan, termasuk kegagalannya untuk menamatkan saingan di Catalunya dan India telah menyaksikan pendahuluannya dihakis oleh pesaingnya.

    Pelumba Itali itu berkata bahawa kembali ke bulatan pemenang telah menghidupkan semula keyakinannya menjelang hujung minggu yang mencabar di Australia.

    “Untuk memiliki prestasi itu sekali lagi adalah sangat, sangat penting,” katanya sambil menambah bahawa ia memberinya ‘motivasi yang banyak’. – AFP

    Martin semasa bersaing di Litar Antarabangsa Mandalika di Kuta Mandalika, Lombok Tengah pada 15 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda