Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Taliban setuju pertimbangkan wanita kerja agensi bantuan

    KABUL, AFGHANISTAN, 25 MEI – Ketua pertubuhan bantuan utama hari ini berkata bahawa Taliban telah bersetuju mempertimbangkan untuk membenarkan wanita Afghanistan menyambung semula kerja di agensi di wilayah selatan Kandahar, pusat agama dan politik bagi pemerintah negara itu.

    Disember lalu Taliban telah melarang wanita Afghanistan bekerja di pertubuhan bukan kerajaan, atau NGO, didakwa kerana mereka tidak memakai tudung atau tidak mematuhi peraturan pengasingan jantina. Pada bulan April, mereka berkata larangan itu diperluaskan ke pejabat dan agensi PBB di Afghanistan kecuali dalam beberapa sektor, seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

    Jan Egeland, setiausaha agung Majlis Pelarian Norway, bertemu pegawai di ibu negara Kabul dan Kandahar untuk memujuk mereka membatalkan larangan ke atas kakitangan wanita organisasi itu.

    Pada bulan Januari, Taliban berkata mereka sedang mengusahakan garis panduan bagi wanita untuk kembali bekerja di NGO. Egeland berkata awal minggu ini bahawa pegawai utama memberitahunya bahawa mereka hampir memuktamadkan garis panduan tersebut.

    Peraturan sementara itu akan diguna pakai, sementara menunggu garis panduan di seluruh negara dimuktamadkan, meliputi semua sektor termasuk yang dikendalikan oleh Majlis Pelarian Norway, katanya.

    Agensi bantuan telah menyediakan sokongan makanan, pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada warga Afghanistan susulan pengambilalihan Taliban pada Ogos 2021 dan kejatuhan ekonomi selepas itu. Tetapi pengedaran telah terjejas teruk oleh larangan pada Disember lalu. – AP

    Gambar fail pada 22 Mei, Jan Egeland bertemu dengan ketua Direktorat Ekonomi Kandahar, Mawlawi Abdul Salam Baryali di Kandahar, Afghanistan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...