Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tanah susur di Indonesia ragut 19 nyawa

    JAKARTA, 14 APRIL – Sekurang-kurangnya 19 orang telah ditemui mati dan dua lagi hilang selepas tanah runtuh di tengah Indonesia, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

    Mangsa yang maut dan dua yang terselamat telah dipindahkan dari kawasan dilanda tanah runtuh di Tana Toraja, wilayah Sulawesi Selatan pada petang Sabtu, kata Ketua Agensi Bencana tempatan, Sulaiman Maila.

    “Dua daripada mereka terselamat manakala 15 lagi meninggal dunia,” kata Maila kepada AFP hari ini.

    “Menurut laporan penduduk, masih ada dua individu dilaporkan hilang, berkemungkinan tertimbus di bawah runtuhan tanah runtuh.”

    “Tana Toraja dan kawasan sekitarnya selalu dilanda hujan lebat, terutamanya sejak seminggu lalu, tanpa berhenti,” tambahnya.

    Hujan lebat menghakis tanah kawasan perumahan yang terletak di lereng gunung sehingga mengakibatkan tanah runtuh yang menimbus kediaman penduduk, katanya.

    Tanah runtuh itu menjejaskan dua kampung, menimbus empat rumah, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam satu kenyataan bertulis.

    Indonesia terdedah kepada tanah runtuh semasa musim hujan dan masalah itu telah menjadi lebih teruk di beberapa tempat akibat penebangan hutan, dengan hujan lebat yang berpanjangan menyebabkan banjir di beberapa kawasan di negara kepulauan itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...