Saturday, October 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam rumput belut selamatkan teluk pantai

    VEJLE – Dalam sebuah khemah putih di pantai fjord Denmark yang tercemar, para sukarelawan dan penyelidik menyediakan pucuk hijau lampai rumput belut untuk ditanam di dasar pantai bagi membantu memulihkan ekosistem rosak tapak tersebut.

    Denmark secara amnya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam isu alam sekitar, tetapi hanya lima daripada 109 zon pantainya dianggap sihat, menurut agensi Alam Sekitar Denmark.

    Seperti kawasan pantai lain di Denmark, fjord Vejile tersebut sedang mengalami eutrofikasi – sebuah proses di mana nutrien, biasanya daripada tanah yang digenangi air, terkumpul di dalam badan air dan membawa kepada peningkatan pertumbuhan mikroorganisma dan alga.

    Alga tersebut menutupi permukaan air, menghalang cahaya dan menyekat oksigen, membunuh tanaman dan hidupan liar.

    Sebuah kamera pemantauan bawah air dipasang di fiord Vejile oleh majlis perbandaran tahun lepas mengesan cuma seekor ikan dalam masa 70 jam.

    Gambar AFP
    Sukarelawan dan penyelidik menyediakan pucuk belut untuk dipindahkan ke dalam air bagi membantu memulihkan ekosistem yang rosak. – AFP
    Sukarelawan berkumpul di sekeliling baldi pucuk belut di pantai Vejle Fjord, pada 9 Jun. – AFP
    Sukarelawan menyediakan pucuk belut untuk penanaman semula, di pantai Vejle Fjord, pada 9 Jun. – AFP
    Gambar AFP

    Di Denmark, pengeluar utama daging, lebih daripada 60 peratus tanah negara tersebut digunakan untuk pertanian, salah satu penumpuan tertinggi di dunia, mencetuskan amaran kerap dalam beberapa tahun kebelakangan mengenai risiko air larian.

    Laporan pada 2022 oleh Universiti Southern Denmark (USD) menyimpulkan fjord Vejile 22 kilometer (14 batu) berada dalam keadaan alam sekitar yang buruk kerana tahap larian nitrogen yang tinggi daripada penggunaan baja di ladang-ladang.

    Apabila merkuri tersebut meningkat, masalah itu juga bertambah buruk.

    “Kami mengalami musim panas yang sangat hangat pada 2023, dan ia telah menyebabkan pengurangan oksigen yang besar,” seorang ahli biologi yang bekerja untuk majlis perbandaran Vejle, Mads Fjeldsoe Christensen, memberitahu AFP.

    “Ia sangat teruk. Kami menyaksikan banyak ikan mati.”

    Dia menyatakan bahawa lebihan nutrien telah disalurkan ke dalam fiord untuk “30 tahun terakhir, mungkin 40 tahun.”

    “Untuk jangka masa yang lama, fjord tersebut mampu untuk pulih. Tetapi untuk tiga, berkemungkinan empat tahun yang lalu, kami telah menyaksikan satu fjord runtuh keseluruhannya.

    Para saintis dan ahli perbandaran membuat keputusan pada 2018 untuk memperkenalkan rumput belut hijau kecil di salur masuk dengan harapan dapat memulihkan dasar lautnya yang dahulunya subur, dan hidupan liar yang tumbuh subur dalam kalangan mereka.

    Di Vejile, seramai 50 sukarelawan hadir pada hujung minggu baru-baru ini untuk membantu para saintis berkenaan.

    Mengharungi cuaca gelap dan berangin kencang, mereka berkumpul sekitar meja-meja dengan baldi penuh dengan tunas rumput belut yang para saintis ambil dari zon-zon di mana ia tumbuh subur.

    Para sukarelawan menggulung setiap satu tunas di sekitar paku terbiodegradasi, yang kemudiannya dibawa oleh penyelam dan ditanam ke dasar laut.

    “Rumput belut merupakan tempat di mana ikan-ikan membesar, ia seperti kindergarten untuk kehidupan ikan,” kata Fjeldsoe Christensen.

    “Jika awda tidak mempunyai rumput belud, ringkasnya tiada ruang untuk populasi ikan untuk membesar.”

    Enam hektar dasar laut dan lebih daripada 100,000 tunas rumput belut telah ditanam pada dasar laut tersebut sejak pemindahan bermula pada 2020.

    Di sesetengah tempat, para penyelam telah memerhatikan pengembalian semula kehidupan akuatik, seperti ketam dan ikan.

    “Kami telah melihat kesan daripada pemulihan alam,” kata ahli biologi SDU Timi Banke, yang mengambil tempat dalam projek itu.

    Pada April, Greenpeace mengendalikan sebuah ‘perkuburan’ terbuka untuk fjord Vejle bagi menarik perhatian keadaan teruk perairan tepi pantai Denmark.

    “Ia dalam keadaan teruk dan kerana itulah kami melakukan sesuatu, tetapi ia tidak mati,” beritahu Banke kepada AFP, mengangkat usaha-usaha dijalankan oleh pencinta alam sekitar dan tempatan.

    Pada Hari Lautan Dunia pada 8 Jun, institut penyelidikan Denmark, Ocean Institute menganjurkan operasi pemindahan di 32 tapak sepanjang negara tersebut.

    Dengan menanam rumput belut, kami memberikan penekanan pada pemulihan alam semula jadi, tetapi ia tidak bermakna kami harus melupakan yang kami perlu mengurangkan pelepasan nutrien di perairan Denmark di bawah tekanan,” tulis pengarah institut penyelidikan Liselotte Hohwy Stokholm pada laman web organisasi tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda