Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tanggungjawab ibu bapa corak keperibadian anak

    Baru-baru ini saya terbaca satu artikel bertajuk Didikan ibu bapa penentu masa depan anak yang dibuat oleh Nurdiyanah R. dalam akhbar Media Permata.

    Dalam artikel berkenaan, penulis menyentuh mengenai tanggung jawab ibu bapa untuk mengambil berat terhadap anak-anak mereka sama ada dari segi emosi, mental mahupun fizikal. Di samping itu juga, penulis ada menyentuh ibu bapa sebagai calak kepada masa depan anak-anak mereka.

    Alhamdulillah, penulisan beliau agak menarik untuk diberi perhatian oleh setiap ibu bapa tidak kira yang berumur mahupun masih muda. Menurut penulis, tugas menjaga anak bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi pada zaman moden yang penuh dengan pelbagai cabaran ini.

    Sebagaimana contoh saja, pada masa ini merupakan era media sosial, yang mana setiap aktiviti harian kita tidak kira makan, bekerja dan sebagainya akan dikongsi dalam media sosial bagi tatapan umum. Sehubungan itu, sesetengah ibu bapa ada yang terikut-ikut trend masa kini sehingga perihal peribadi dikongsi, malah apa yang menyedihkan lagi ada yang menggunakan kata-kata kesat yang boleh mencemarkan nama sendiri dan keluarga.

    Bukankah dengan berkelakuan demikian, boleh menjejaskan perilaku anak kita? Daripada perkongsian media sosial sebegitu, ia boleh sahaja menjadi bahan buli rakan-rakan anak kita dan tidak mustahil boleh menjejaskan mentaliti mereka.

    Apa yang menyedihkan lagi, anak-anak suka meniru dan mengikut apa sahaja yang mereka lihat terutamanya perbuatan ibu bapa atau penjaga mereka.

    Justeru, ini menunjukkan bahawa setiap perbuatan anak-anak kita bermula daripada kita sendiri.

    Peminat Media Permata

    Tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak mereka.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Kemudahan tandas awam Brunei catat peningkatan

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV...

    Jangan guna kanak-kanak dalam kandungan politik – Nancy Shukri

    KUCHING, 16 NOV - Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan bahan...

    UMS kukuh peranan ‘The Brain Of Borneo’

    KOTA KINABALU, 12 NOV - Universiti Malaysia Sabah (UMS)...

    UMS kukuh peranan ‘The Brain of Borneo’

    KOTA KINABALU, 12 NOV - Universiti Malaysia Sabah (UMS)...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...