Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    ‘Tarik saya ke syurga’

    Pelakon Oktovia Manrose bersyukur diberi kesempatan bertemu pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun dalam majlis keagamaan.

    Sebelum ini, Oktovia berhasrat menghadiri ceramah Ustazah Asma’ secara bersemuka, kini doanya akhirnya termakbul.

    “Alhamdulillah, saya bersyukur bertemu Ustazah Asma’ pada majlis Maulid Akhbar anjuran @ustazahasmaharun. Jemputan di saat akhir, tetapi Allah permudahkan.

    “Majlis yang sangat memberi kesan kepada semua yang hadir. Masya-Allah, Ustazah Asma’ sangat baik, merendah diri dan moga jadi asbab untuk saya kekal istiqamah.

    “Tariklah saya dan kami semua ke syurga Allah, ustazah,” katanya menerusi entri dalam Instagram miliknya.

    Menerusi hantaran sama, sepupu kepada pelakon Nelydia Senrose turut memuji keperibadian Ustazah Asma’ yang tegas di luar, namun berhati lembut.

    “Masya-Allah. Tidak boleh lupa dengan pertemuan ini. Pernah pasang niat, seronoknya jika berpeluang dengar ceramah dan jumpa ustazah depan-depan. Alhamdulillah, Allah kabulkan. Tabarakallah.

    “Macam yang kita nampak, ustazah seorang serius, tegas. Tetapi, dalam ketegasannya sebenarnya kuat bergurau, terutamanya dengan suami. Sangat sweet, kelakar.

    “Macam dalam gambar, suami-suami kita sekali kena buli dengan ustazah,” ujarnya lagi. – Agensi

    Oktovia Manrose bersyukur diberi kesempatan bertemu pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun dalam majlis keagamaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...