Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Teknik bancuh teh Turkiye rahsia dapat aroma terbaik

    ANKARA – Di sebalik sejarah minum kopi di negara ini, teh juga merupakan bahagian penting dalam kehidupan seharian di Turkiye, dengan sejarah dan budayanya yang unik.

    Pada Disember 2022, budaya teh yang diamalkan di Turkiye dan Azerbaijan telah dimasukkan dalam senarai Warisan Budaya UNESCO sebagai simbol ‘identiti, layanan mesra dan interaksi sosial.’

    Budaya teh Turkiye, atau budaya ‘cay’ (disebut chai), wujud sejak ratusan tahun yang lalu. Negara itu merupakan penanam teh kelima terbesar di dunia, mengeluarkan kira-kira 6 hingga 10 peratus daripada jumlah keluaran dunia, menurut data Kementerian Pertanian. Kebanyakan teh Turkiye digunakan di dalam negara.

    “Semasa era Uthmaniyyah, kopi digunakan dalam kuantiti yang banyak oleh orang ramai. Tetapi apabila empayar kehilangan tanah tempat kopi dihasilkan, ia menjadi sangat mahal,” kata Osman Atak, pemilik kafe dan penggemar teh, sambil menambah bahawa budaya teh dipopularkan di tahun 1930an berikutan penubuhan Republik Turki moden.

    Seni membuat dan minum teh di Turkiye telah dipertingkatkan selama bertahun-tahun dan menjadi prosedur yang rumit lagi menarik.

    Aytul Turan, pakar teh dan pembancuh utama dari wilayah utara Rize, yang terkenal dengan ladang teh dan ladangnya, berkata “teh Turkiye lebih baik dihidangkan dalam gelas berbentuk tulip.”

    Dia memberitahu Xinhua bahawa masa adalah intipati teknik membancuh untuk mendapatkan aroma yang lebih baik.

    “Awda perlu bersabar dan biarkan teh dibancuh perlahan-lahan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap, gunakan air minuman tulen yang ditapis dan bukannya air paip, bebas daripada mineral, dan biarkan teh dibancuh selama 15-20 minit. Selain itu, awda mesti menggunakan air yang tidak terlalu mendidih,” kata pakar itu.

    “Teh adalah sebahagian besar dalam kehidupan kami. Contohnya, dalam keluarga saya, kami tidak mengatakan ‘sarapan sudah siap’ tetapi ‘teh sudah siap’,” kata Erkan Ozpolat, juruwang di sebuah kedai di ibu kota Ankara, kepada Xinhua.

    Dia adalah salah seorang daripada berpuluh-puluh juta orang Turkiye yang hidupnya amat dekat dengan minuman panas yang sangat popular di semua bahagian negara dengan hida-ngan tempatan. – Xinhua

    Orang ramai minum teh di sebuah kafe di Ankara, Turkiye, 6 Januari. – Xinhua
    Seorang pelayan menghidangkan teh kepada pelanggan di sebuah kafe di Ankara, Turkiye, 6 Januari. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...