Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Gempa 6.2 magnitud landa barat Aceh

    JAKARTA, 16 JAN – Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda wilayah barat Aceh di Indonesia hari ini namun tidak menyebabkan kerosakan atau kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

    Agensi itu melaporkan gempa berlaku pada 5:30 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 47km di tenggara daerah Singkli Aceh dengan kedalaman 23km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

    Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, katanya.

    Gegaran turut dirasai di wilayah Sumatera Utara yang berdekatan. Gegaran dirasai lemah oleh penduduk di dua wilayah itu dan tidak merosakkan rumah atau bangunan, menurut Abdul Muhari, jurucakap agensi pengurusan dan mitigasi bencana negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...