Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tembikar hitam buatan Chiping: Satu kesenian ajaib

    LIAOCHENG, CHINA – Kraf tembikar adalah merupakan satu penanda utama bagi ketamadunan manusia sejagat.

    Sepanjang tiga dekad yang lalu, ahli-ahli arkeologi China telah menjalankan empat penggalian di Tapak Budaya Longshan di Jiaochangpu, Chiping, di mana satu varieti yang terdiri daripada hampir 1,000 keping tembikar, batu dan peninggalan tulang telah ditemui. Di antaranya, tiga tanur tembikar yang digali pada tahun 2001 kekal sebagai kluster yang paling lengkap bagi Budaya Longshan di China, yang membentuk satu sumber yang berharga bagi peninggalan kebudayaan untuk penyelidikan mengenai corak sosio ekonomi bagi tempoh itu.

    Penyelidikan oleh ahli arkeologi telah mendapati bahawa tembikar hitam yang dihargai yang banyak terdapat di Muzium Daerah Chiping di Bandar Raya Liaocheng, Wilayah Shandong, telah dihasilkan kira-kira 4,000 hingga 5,000 tahun yang lalu semasa Tempoh Budaya Longshan. Ia berbentuk elegan, bercorak ringkas dan penuh misteri dalam asal usulnya.

    Bahan mentah bagi Tembikar Hitam Chiping adalah tanah liat merah yang tulen dan halus yang diperolehi di dasar sungai yang unik di Sungai Kuning. Tembikar Hitam Chiping dibakar di dalam satu proses Menampal-Mengasap-Menambahkan Karbon yang sudah lama dilakukan selepas kali pertama menjalani pelbagai langkah termasuk membasuh secara manual, menyusun semula, mengering, memangkas, proses kemasan, mengukir dan menggilap. Memandangkan warna hitam itu mempunyai satu makna yang penuh misteri dan elegan, Tembikar Hitam Chiping adalah cantik dan anggun dari segi nilai estetik.

    Untuk mewarisi dan mengembangkan sebuah khazanah China seperti tembikar hitam, pembuat Tembikar Hitam Chiping telah, sejak pertengahan tahun 1990an, mendedikasikan diri mereka untuk memeriksa teknik bagi kraf tembikar hitam itu, seterusnya membolehkan penubuhan Akademi Tembikar Hitam Liaocheng dengan diikuti oleh Chiping Taoyuan Black Pottery Art Co Ltd. Tembikar Hitam Chiping yang tersendiri itu terkenal kerana timbulan tinggi yang berlubang. Direka dengan bijak dan direka dengan halus, menampilkan bentuk anggun dan satu bahasa corak sejagat, ia mempunyai nilai yang tinggi dari kaca mata artis dan pengumpul. – Bernama

    Tembikar Hitam Jiulongxun. – Bernama
    Tembikar Hitam Suihan Sanyou. – Bernama
    Tembikar Hitam Xin Fengwu Huaxia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda