Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tembok AS-Mexico diharap siap dalam 2 tahun

    WASHINGTON, 2 Feb – Setia-usaha Keselamatan Negara AS baru memberitahu Fox News lewat semalam bahawa beliau berharap tembok sempadan AS-Mexico yang diarahkan oleh Presiden Donald Trump boleh dibina dalam dua tahun.

    “Tembok akan dibina di mana ia diperlukan terlebih dahulu, dan seterusnya ia akan diisi. Itulah cara aya melihatnya,” beritahu jeneral bersara Marin John Kelly kepada Fox.

    “Saya benar-benar berharap ia dapat dilakukan dalam tempoh dua tahun akan datang.”

    Trump telah menandatangani satu arahan eksekutif bertujuan memenuhi janji kempennya untuk membina tembok sepanjang 2,000 batu di sempadan selatan AS, dengan matlamat menjauhi penghijrah tanpa dokumen, dadah dan penjenayah.

    Sempadan kira-kira 653 batu telahpun memaparkan pagar yang menyekat orang dan/atau kenderaan.

    Kelly berkata melindungi selatan sempadan merupakan “pendekatan berlapis” yang termasuk sekatan fizikal serta sensor teknologi dan “benda-benda seumpama itu.”

    Kelly, yang akan menyelia perancangan dan pembinaan tembok, berkata pegawai pentadbiran Trump “telahpun mempunyai kuasa” di bawah undang-undang sekarang untuk memulakan projek tersebut.

    Trump berkata anggaran kos untuk pembinaan tembok adalah daripada AS$4 hingga AS$10 bilion, tetapi anggaran lain meletakkan harga pada AS$11 bilion untuk pagar sepanjang 400 batu tambahan. Ulasan Teknologi MIT menganggarkan tembok keluli dan konkrit sepanjang 1,000 batu akan menelan kos AS$27 hingga AS$40 bilion.

    Kelly berasa optimistik mengenai apa yang digelar oleh beliau “aspek wang.”

    “Saya fikir pembiayaan akan datang dengan cepat,” kata Kelly, menambah pembinaan mungkin bermula dalam tempoh beberapa bulan.

    Rumah Putih boleh memindah wang sekarang untuk projek tersebut, namun Kongres yang dikawal oleh Republikan perlu memperuntuk wang jika tembok hampir siap.

    Janji kempen Trump untuk memaksa Mexico membayar tembok telah mencetuskan pertengkaran diplomatik dan semangat patriotik di selatan sempadan.

    Mexico telah memutuskan tidak akan membayar tembok atau membayar balik Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda