Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Temui Efruz gemar luncur ombak Peru

    LIMA, PERU, 26 JAN – Berbaju rompi kuning, Efruz mengimbangi dirinya di hadapan papan luncur ketika buih ombak menyelubunginya dan pemiliknya ketika mereka meluncur di perairan Pasifik di Peru.

    Efruz ialah anjing terrier Jack Russell berusia 4 tahun dan ia adalah pemandangan biasa pada hari-hari panas di musim panas Hemisfera Selatan.

    “Ia suka laut,” kata pemiliknya, Mauro Canella, seorang pengajar luncur air di pantai di San Bartolo, sebuah daerah 50 kilometer dari pusat bandar Lima.

    Canella berkata mereka mula bermain luncur air bersama kira-kira setahun yang lalu. Dan mereka bukan satu-satunya pasangan anjing-manusia yang melayari ombak di San Baartolo. Lebih puluhan boleh dilihat pada hujung minggu.

    Walaupun Efruz mengalami kesejukan seiring dengan berlalunya waktu, ia kelihatan menikmati sukan baharunya, mengambil kedudukan di hadapan papan sementara Canella memecah ombak sambil berdiri, melutut atau berbaring. Seperti yang berlaku kepada semua pelayar, anjing dan pemilik kadangkala terjatuh ke dalam air apabila mereka gagal ‘menguasai’ ombak. – AP

    Mauro Canella bersama anjingnya Efruz meluncur air di San Bartolo, Peru, pada 25 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...