Monday, October 21, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera laut Mexico rampas 8.3 tan dadah

    BANDAR MEXICO, 20 OKT – Tentera laut Mexico baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah merampas lebih 8.3 tan dadah di Lautan Pasifik, satu rekod untuk satu operasi tunggal di laut.

    “Anggota tentera laut merampas 8,361 kilogram kargo haram, yang merupakan jumlah terbesar dadah yang dirampas dalam operasi maritim, sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam sejarah,” kata kenyataan Kementerian Tentera Laut.

    Ia tidak menyebutkan jenis dadah yang dirampas, tetapi mengatakan ia bernilai 2.099 bilion peso.

    Sebanyak 23 orang telah ditangkap semasa serbuan yang berlaku di barat daya pelabuhan Lazaro Cardenas, di luar pantai barat Mexico.

    Dadah itu diedarkan dalam enam bot kecil dan salah satu daripada kapal itu adalah kapal selam, yang menunjukkan tindakan kompleks daripada pihak kelasi, tambah kementerian itu.

    Rampasan dadah terbesar dalam sejarah Mexico ialah 23 tan kokain Colombia pada November 2007.

    Mexico telah menjadi pusat penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat selama beberapa dekad, dengan sejumlah besar kartel berjuang untuk menguasai perdagangan itu. – AFP

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda