Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus patuhi SOP majlis keramaian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Dalam keterujaan menyambut kepulangan ahli keluarga daripada menunaikan ibadah haji dalam beberapa hari sahaja lagi, orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerana penularan masih berlaku.

    Peringatan itu ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, kementerian berkenaan, hari ini. Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, walaupun selepas tiga hari menjalani pengasingan setelah tiba di negara ini, dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP jika hendak membuat keramaian di rumah dengan memastikan penganjur dan jemputan berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom jangkitan COVID-19.

    Untuk mengawal penularan dalam acara keramaian itu, beliau menggalakkan membuat ujian pantas antigen (ART) dan keputusannya hendaklah negatif dan bagi yang mempunyai simptom ringan walaupun ujian ART menunjukkan keputusan negatif, disarankan untuk terus berada di rumah dan tidak menghadiri mana-mana acara keramaian.

    Dengan ini, ia dapat memastikan tidak ada penularan dalam acara keramaian tersebut bagi menjaga keselamatan bukan saja untuk diri sendiri tapi juga orang sekeliling.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda