Pelakon, Teuku Ryan menegaskan dirinya tidak pernah meminta nafkah anak daripada isteri iaitu Ria Ricis.
Menafikan kenyataan peguam Ria, Ryan atau Teuku Rushariandi, 30, menjelaskan dakwaan itu tidak berasas dan berpotensi memburukkan namanya, lapor mStar.
“Baru kali ini saya mendengar lelaki meminta biaya dan nafkah anak dari bekas isteri.
“Tolong kaji semula kenyataan yang dikeluarkan, jangan sampai mencemarkan nama baik saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory baru-baru ini.
Ryan tampil membuat penjelasan itu selepas peguam Ria mengeluarkan kenyataan Ryan bukan sahaja enggan berpisah, malah meminta hak asuhan dan nafkah.
Dalam pada itu, Ryan turut berharap agar peguam isterinya itu tidak berterusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.
“Semoga ada niat yang baik untuk tidak terbawa-bawa dengan pendapat sendiri yang boleh mencemarkan nama baik saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Ria atau Ria Yunita, 29, memfailkan penceraian terhadap Ryan walaupun rumah tangga dibina baharu sahaja mencecah usia dua tahun. – Agensi