Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Makin ramai kanak-kanak masuk hospital akibat vape, e-rokok

    MOSCOW, 23 APRIL – Kemasukan ke hospital kerana mengevap dan menghisap rokok elektronik meningkat sebanyak 733 peratus dalam empat tahun sejak 2020 dalam kalangan mereka berusia bawah 20 tahun termasuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, lapor Sputnik yang memetik laporan The New York Post berdasarkan data daripada NHS England. 

    Jumlah kemasukan keseluruhan ke hospital kerana penyakit berkaitan mengevap, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa meningkat sebanyak 276 peratus sejak 2020, menurut laporan itu kelmarin.

    Terdapat 50 kemasukan hospital berikutan penyakit berkaitan mengevap tahun lepas, termasuk 11 kanak-kanak berusia empat tahun atau ke bawah, lapor akhbar itu sambil menambah tiada murid prasekolah dimasukkan ke hospital kerana menghisap rokok elektronik dalam 2020. 

    Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam 2020, kata laporan itu. Bagaimanapun, kira-kira 14 peratus daripada 365 kemasukan hospital berkaitan mengevap adalah mereka berusia di bawah 19 tahun.

    Perangkaan itu seterusnya menunjukkan dalam 2020, daripada 97 orang yang dimasukkan ke hospital, 19 adalah kanak-kanak; dalam 2022  angka itu meningkat kepada 457, termasuk lima kanak-kanak dan dalam 2023 daripada 365 orang yang dimasukkan ke hospital, 50 adalah kanak-kanak. 

    Laporan itu juga menyatakan wanita juga lebih kerap dimasukkan ke hospital kerana masalah mengevap iaitu 57 peratus daripada jumlah kemasukan pesakit ke hospital pada 2023 daripada 46 peratus dalam 2020. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...