Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Thailand temui 14.8 juta tan litium di Phang Nga

    BANGKOK, 19 JAN – Thailand telah menemui hampir 15 juta tan deposit litium, kata jurucakap kerajaan hari ini, sekali gus memberi rangsangan kepada usaha kerajaan untuk menjadi hab serantau bagi pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

    Penemuan itu bermakna Thailand mempunyai sumber litium ketiga terbesar, di belakang Bolivia dan Argentina, tetapi masih tidak jelas berapa banyak yang boleh diterokai secara komersial.

    Sebanyak 14.8 juta tan litium itu diagihkan di antara dua tapak berasingan di wilayah selatan Phang Nga, kata penolong jurucakap kerajaan, Rudklao Intawong Suwankiri kepada stesen televisyen, The Nation.

    “Kami cuba untuk mengetahui berapa banyak yang boleh kami gunakan daripada sumber yang ditemui. Ia memerlukan masa,” kata Rudklao kepada The Nation.

    Litium ialah komponen utama dalam pembuatan bateri yang digunakan dalam kereta elektrik, telefon pintar dan elektronik lain.

    Kerajaan Perdana Menteri Srettha Thavisin, yang mengambil alih pada Ogos, telah menjadikan keutamaan untuk cuba meningkatkan Thailand sebagai hab pengeluaran serantau untuk EV dan pemasangan kereta konvensional.

    Semasa mesyuarat Forum Ekonomi Dunia di Davos, Srettha bertemu pemimpin industri termasuk Timbalan Pengerusi Bosch bagi menggesa beliau melabur dalam pengeluaran EV di Thailand.

    “Ia berita baik. Ini peluang untuk Thailand berdikari dalam pengeluaran bateri EV,” kata Rudklao mengenai penemuan litium itu. – AFP

    Pemandangan udara kolam air garam dan kawasan pemprosesan lombong litium syarikat Chile SQM (Sociedad Quimica Minera) di Gurun Atacama, Calama, Chile. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...