Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    TSMC bakal buka kilang semikonduktor di Jepun

    TAIPEI, 19 JAN – TSMC Taiwan akan membuka faundri pembuatan semikonduktor terbaharunya di pulau Kyushu, Jepun pada 24 Februari, tetapi sebuah kilang di Amerika Syarikat (AS) akan berdepan penangguhan, kata syarikat itu semalam.

    Syarikat Pembuatan Semikonduktor Taiwan (TSMC) yang mengira Apple dan Nvidia sebagai pelanggan mengawal lebih separuh keluaran wafer silikon dunia, digunakan dalam segala-galanya daripada telefon pintar kepada kereta dan peluru berpandu.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu terpaksa menghadapi dan mengatasi perebutan geopolitik antara AS dan China ketika kedua-duanya berhadapan dengan sekatan import teknologi, perdagangan dan Taiwan pusat pembuatan utama untuk TSMC.

    Semalam, semasa mesyuarat pelabur berhubung pendapatan suku keempat, Pengerusi Mark Liu mengumumkan tarikh rasmi majlis pembukaan kilang Jepun yang telah lama ditunggu-tunggu pada 24 Februari.

    “Di Jepun, kami sedang membina kilang pemasangan teknologi khas di Kumamoto yang akan menggunakan teknologi proses 12 dan 16 nanometer dan 28 dan 22 nanometer,” kata Liu.

    “Kami akan mengadakan majlis pembukaan untuk kilang ini pada 24 Februari bulan depan dan pengeluaran disasarkan pada suku keempat 2024.”

    Kerajaan Jepun berkata tahun lepas ia merancang untuk membelanjakan AS$13 bilion untuk meningkatkan pengeluaran domestik semikonduktor dan teknologi AI generatif.

    Sebahagian daripada perbelanjaan itu adalah untuk menyokong pembinaan kilang TSMC kedua di Kumamoto, kata seorang pegawai Kementerian Perdagangan Jepun pada November. – AFP

    Pengerusi TSMC, Mark Liu (kanan) dan Pegawai Eksekutif C.C. Wei mendengar semasa persidangan pelabur di Taipei pada 18 Januari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...