Youtuber Indonesia Thariq Halilintar tidak menghalang atau memaksa isterinya Aaliyah Massaid berpuasa memandangkan sedang berbadan dua, menurut laporan mStar.
Thariq atau Muhammad Thariq Halilintar, 26, berkata, dia tidak akan membenarkan isterinya berpuasa sekiranya jika ia memberikan kesan buruk kepada kandungan.
Walaupun dalam keadaan hamil namun ia bukan penghalang buat Aaliyah berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini.
“Ya dia (Aaliyah) masih berpuasa tapi kalau secara tiba-tiba dia sudah tidak kuat jadi tak perlu puasa.
“Risau beri kesan buat kandungan dan kesihatan menurun,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan ini mengakui buat masa ini belum berkesempatan menyiapkan barangan kelengkapan buat bayi pertama mereka.
“Aku tidak harap apa-apa yang penting anak serta ibunya sihat.
“Belum melakukan persiapan yang berlebihan menyambut kelahiran buah hati.
“Jika pun ada, itu baru perancangan menyiapkan bilik untuk anak kami nanti,” ujarnya.
Untuk rekod, Thariq dan Aaliyah, 23, mendirikan rumah tangga pada 26 Julai tahun lalu. – Agensi
