Monday, January 6, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Rock jadi tumpuan paparazi

    Pelakon Dwayne ‘The Rock’ Johnson bertindak mencium anak perempuan bintang James Bond iaitu Daniel Craig ketika wanita itu menghadiri tayangan perdana filem terbaharunya, Black Adam di London pada Selasa lalu.

    Daily Mail melaporkan The Rock, 50, bertindak mencium pipi Ella Loudon sebagai tanda penghargaan kerana menghadiri acara tersebut.

    Selepas memberi kucupan dan pelukan mesra, kedua-dua mereka memberi pandangan kepada lensa kamera untuk merakam gambar ketika berada di acara permadani kuning.

    Untuk rekod, Ella merupakan anak Daniel hasil perkahwinannya dengan Fiona Louden dan wanita berusia 30 tahun itu juga seorang pelakon di England.

    Ella yang juga bekas ahli paramedik pernah membintangi filem berjudul Trauma Is A Time Machine pada 2018.

    Sementara itu, The Rock tampil sebagai pelakon utama filem berkenaan yang turut dibintangi oleh Aldis Hodge, Sarah Shahi, Marwan Kenzari dan Pierce Brosnan.

    Black Adam mengisahkan tentang Teth Adam, seorang hamba berusia 5,000 tahun yang bertukar menjadi pahlawan dengan kebolehan seperti dewa.

    Filem ini dianggap sebagai spin-off dan prekuel Shazam 2019! Yang dibintangi oleh Zachary Levi.

    Memetik laporan The Rock, 50, mencium pipi Ella Loudon, 30, sebelum bergambar di atas permaidani kuning.

    Selepas memberikan ciuman dan pelukan mesra, pasangan itu memberikan pandangan kepada lensa kamera untuk merakamkan momen di majlis tayangan perdana berkenaan. – Agensi

    Black Adam mengisahkan tentang Teth Adam, seorang hamba berusia 5,000 tahun yang bertukar menjadi pahlawan dengan kebolehan seperti dewa. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda