Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Tiada alasan untuk mengurangkan pelepasan metana’

    MOMBASA, KENYA, 21 FEB – Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) hari ini menuduh industri bahan api fosil kurang melakukan usaha untuk membendung pelepasan metana dan mengambil ringan matlamat iklim global untuk mengehadkan pemanasan.

    Ketidakpastian ekonomi, harga tenaga yang tinggi dan kebimbangan mengenai keselamatan bekalan, yang akan menyebabkan pengurangan pelepasan pada 2022, tidak berkesan kerana pelepasan metana kekal ‘sangat tinggi’, menurut laporan.

    “Mengurangkan metana adalah antara pilihan paling murah untuk mengehadkan pemanasan global jangka pendek,” kata pengarah eksekutif IEA, Fatih Birol. “Tidak ada alasan.”

    Penjejak Gas Metana tahunan IEA mendapati 75 peratus pelepasan metana daripada sektor minyak dan gas boleh dikurangkan dengan lebih murah dan melalui teknologi yang sedia ada.

    Metana, yang membentuk gas asli, boleh terlepas ke udara dari infrastruktur minyak dan gas. Syarikat-syarikat minyak fosil juga boleh membakar lebihan gas yang boleh membebaskan metana ke atmosfera,

    Laporan menyelar keengganan syarikat minyak dan gas utama yang enggan membayar kira-kira AS$100 bilion yang diperlukan untuk membangunkan teknologi bagi mengurangkan pelepasan, yang mana kurang tiga peratus daripada keuntungan yang diperoleh oleh industri pada tahun lalu.

    Laporan menyatakan bahawa sektor tenaga mencatatkan kira-kira 40 peratus purata keseluruhan pelepasan metana daripada aktiviti manusia, dua di belakang pertanian, dan bertanggungjawab melepaskan kira-kira 135 juta tan ke atmosfera tahun lalu.

    “Membebaskan metana yang tidak terkawal dalam penghasilan bahan bakar fosil merupakan satu masalah yang kadangkala tidak diperkatakan dalam debat awam,” kata Birol. – AFP

    Pelepasan metana yang dihasilkan oleh sebuah loji pemprosesan arang batu di Hejin, China, bertarikh 28 November 2019. IEA menuduh industri bahan api fosil kurang melakukan usaha untuk membendung pelepasan metana dan mengambil ringin matlamat iklim global untuk mengehadkan pemanasan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...