Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    VAM BRN tekankan gaya hidup sihat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Bagi meningkatkan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangannya, VAM BRN Sdn Bhd telah menganjurkan Ceramah Anti Tembakau dan Pemakanan yang berlangsung di premis syarikat berkenaan di Taman Perindustrian Salambigar, pagi tadi.

    Hadir bagi menyampaikan taklimat pada sesi berkenaan ialah Dayang Arnina binti Bakar dan Dayang Nadhirah binti Rawi dari Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan yang antara lain menyentuh mengenai tembakau dan pemakanan sihat.

    Seramai 61 orang petugas dan kakitangan VAM BRN Sdn Bhd menghadiri program tersebut yang turut disertai oleh pengarah urusannya, Hiroyuki Hatanaka serta pengurus kanan dan para pengurus jabatan di VAM BRN Sdn Bhd.

    Sesi pertama ceramah telah dijalankan pada hari ini, manakala sesi kedua akan dijalankan pada 21 Februari depan.

    Dengan adanya program seumpama itu, diharapkan warga VAM BRN Sdn Bhd dapat mengamalkan pemakanan seimbang yang berkhasiat, di samping mewujudkan inisiatif berhenti merokok.

    Inisiatif-inisiatif kesihatan di tempat kerja yang pernah dilaksanakan oleh syarikat berkenaan dengan sokongan daripada Pusat Promosi Kesihatan adalah termasuk kesedaran pengurusan obesiti dan Ceramah Kesedaran Kesihatan Mental.

    Antara yang hadir semasa program berkenaan.
    Dayang Arnina Bakar daripada Pusat Promosi Kesihatan semasa menyampaikan taklimatnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...