Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiada tolak ansur terhadap kontraktor degil, tidak cekap – Abang Jo

    KUCHING, 8 FEB – Kerajaan Sarawak tidak lagi akan bertolak ansur dengan kontraktor yang ingkar atau tidak cekap dalam melaksanakan projek infrastruktur di negeri ini, kata Primier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melaporkan kepada beliau mengenai status pelaksanaan projek di negeri ini amat membimbangkan. Abang Johari berkata setakat 27 Januari, daripada 215 projek yang sedang dalam pembinaan di negeri ini, tiga telah digantung, 34 tertangguh secara kritikal, 29 projek lewat daripada yang dijadualkan dan 149 projek mengikut jadual.

    “Semua kontraktor diingatkan supaya serius dan lebih komited dalam melaksanakan projek di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak. Integriti dan profesionalisme mesti dipertahankan semasa pelaksanaan projek.

    “Oleh itu, adalah penting bagi kontraktor mengambil kira kapasiti dan keupayaan mereka sendiri apabila melaksanakan projek kerajaan,” katanya dalam ucapannya semasa Seminar ‘Mempertingkatkan Industri Pembinaan Sarawak’ yang diadakan di sini, hari ini. – Bernama

    Abang Johari (kanan) ketika merasmikan Seminar Inisiatif Baharu Bagi Meningkatkan Industri Pembinaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...