Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir

    KUALA LUMPUR, 23 JUN – Tiga pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023, hari ini.

    Apa yang lebih menarik, Malaysia sudah pasti akan mempunyai wakil pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasangan negara itu, akan berhadapan antara satu sama lain di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Arena Tian-Mu, Taiwan.

    Pada perlawanan suku akhir hari ini, selaku pasangan pilihan pertama kejohanan Yew Sin-Ee Yi, berjaya mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah Lee Fang-Chih- Lee Fang-Jen, 15-21, 21-19, 21-17.

    Pasangan Wei Chong-Kai Wun, yang juga naib juara Masters Malaysia 2023 pula mengambil masa 32 minit untuk mengejutkan satu lagi pasangan tuan rumah, yang juga pasangan pilihan keempat kejohanan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 21-19, 21-19.

    Manakala, pasangan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga layak ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan tuan rumah Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, 21-15, 21-14.

    Pasangan pilihan keempat, akan berhadapan satu lagi pasangan tuan rumah Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin yang mengalahkan satu lagi pasangan negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-18, 21-14. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda