Tuesday, November 26, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pelarian Rohingya maut di Thailand

    BANGKOK, 18 OKT – Tiga pelarian Rohingya maut ketika diseludup masuk ke dalam trak di Thailand, manakala dua suspek telah ditahan hari ini, kata polis.

    Rohingya yang kebanyakan penduduknya beragama Islam dianiayai teruk di Myanmar barat yang dilanda perang, di mana beribu-ribu orang mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia melalui Thailand.

    Seorang sami telah menemui dua pelarian mati di dalam hutan di wilayah Chumphon, manakala lapan lainnya terselamat di mana tujuh daripadanya mengalami kecederaan, kata pegawai kelmarin.

    Salah seorang pelarian yang cedera meninggal dunia hari ini, seorang kakitangan hospital memberitahu AFP.

    Mangsa yang tidak cedera memberitahu polis, penyeludup telah memasukkan 26 orang ke dalam dua kenderaan selepas mereka melalui sempadan Thai-Myanmar.

    “Pemandu itu didakwa membuang etnik Rohingya di sana selepas menyedari sebahagian daripada mereka cedera,” kata polis dalam satu kenyataan.

    Pegawai telah menahan dua pemandu warga Thailand dan merampas trak mereka untuk siasatan lanjut, kata mereka, sambil menambah 16 lagi Rohingya dalam kumpulan itu telah melarikan diri. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda