Wednesday, December 4, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga penjenayah mati ditembak di Penampang

    PENAMPANG, 4 DIS – Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill dalam kejadian 9:13 malam tadi.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azmi Abdul Rahim berkata ketiga-tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah termasuk kes bunuh.

    “Bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di sebuah apartment di tingkat satu.

    “Ketika serbuan dibuat, berlaku berbalas tembakan antara ketiga-tiga suspek dengan pasukan serbuan. Pasukan serbuan berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Azmi berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah termasuk kes bunuh di Sarawak. – Bernama

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda