Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Tiga syarikat hulur sumbangan lebih $8,000 untuk Gaza

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Sumbangan berjumlah $8,177.21 telah disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 daripada tiga buah syarikat yang menyerahkannya pada majlis di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

    Hadir untuk menerima sumbangan berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh.

    Menurut kenyataan yang diberikan, pada majlis itu, Bright Sky Company menyumbangkan sejumlah $5,130 hasil jualan produk Chu Chu Exclusive yang telah disampaikan oleh Pengasas Chu Chu Exclusive, Dayang Rahillah binti Aliudin.

    BIBD ALAF pula menyumbangkan $2,310.01 hasil jualan biskut di Bandarku Ceria pada 3 Disember lalu, yang disampaikan oleh beberapa orang penuntut iaitu Awang Mohd Firdaus bin Mohd Salleh dan Awang Mohd Adi Hamizi bin Abdullah Abdul Hamid dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Dayang Asqina Nur Hainah binti Khairol Al’Azim dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMRIPAHS) dan Dayang Nurhazirah binti Haji Awang Damit dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

    Manakala itu, SMARTER Brunei menyumbangkan sejumlah $737.20 yang disampaikan oleh Bryan Liew Wei Onn dan Awangku Mohd Edzra Badree bin Pengiran Zamni, penuntut dan pembantu terapi di SMARTER.

    Sumbangan tersebut adalah hasil jualan roti yang telah diusahakan oleh penuntut-penuntut SMARTER sepanjang November dan Disember 2023.

    Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah pegawai-pegawai dari JAPEM serta ahli-ahli daripada agensi berkenaan.

    Dayang Fauziah menerima sumbangan dari Bright Sky Company. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    SMARTER menyampaikan sumbangan berjumlah $737.20. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    20 pelajar sertai forum, bengkel sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Seramai 20...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza terima vaksin

    ISTANBUL, 20 NOV – Lebih seminggu selepas kempen imunisasi...

    Lebih 100,000 cedera masih berada di Gaza

    MOSCOW, 19 NOV – Lebih 100,000 orang yang cedera...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...