Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiger Woods kembali beraksi di Bahamas

    BAHAMAS, 1 DIS – Tiger Woods beraksi dengan baik kelmarin dalam pertandingan pertamanya selepas lapan bulan, namun demikian di akhir pertandingan dia kelihatan berjalan terincut-incut. Kecederaan pergelangan kakinya yang baru pulih telah menjejaskan corak permainannya.

    Woods mampu menunjukkan prestasi yang baik di kejohanan Cabaran Dunia Hero setelah memperoleh bogey berganda pada par-5 ke-15, diikuti oleh dua lagi bogey. Hasilnya, dia mencatatkan 3-melebihi 75, ketinggalan lapan pukulan dan hanya mendahului dua orang pemain lainnya dalam kumpulan 20 pemain di Albany.

    Juara Terbuka British, Brian Harman, dan Tony Finau, mendahului dengan 5-di bawah 67, satu pukulan di depan Jordan Spieth, yang sering memberikan saingan sengit. Spieth hanya mencatat lima par dan tidak memperoleh par di lubang ke-10 hingga lubang terakhir.

    Dia mencatat satu di bawah par sepanjang 14 lubang pada satu pusingan apabila membuat pukulan ke kiri di kawasan semak. Dia mempertimbangkan pilihannya sebelum memutuskan untuk mencuba memukul keluar ke padang atau bunker.

    Kebanyakan pukulan yang dilakukan Woods tersasar dan hanya melepasi jarak yang pendek. Pukulan ketiganya kembali ke fairway dan hanya mendarat 40 ela dari kawasan green. Dia melakukan pukulan dekat hingga 10 kaki namun terlepas satu bogey.

    Dia menemukan bunker selepas pukulan di lubang ke-16, tidak jauh dari padang berumput dan melakukan pukulan lemah pada jarak 20 kaki. Kemudian, dia melakukan tiga pukulan berturut-turut di lubang par-3 ke-17 dari jarak 45 kaki.

    Woods bukan satu-satunya pemain yang menghadapi masalah ketika kembali beraksi. Will Zalatoris juga menjalani pembedahan di bahagian belakang sebaik sahaja dia keluar dari kejohanan Master.

    Dia mencatat tiga bogey berganda dan satu bogey di sepanjang empat lubang berturut-turut di selekoh padang dan berakhir dengan satu lagi bogey untuk mendapatkan 81. – AP

    Tiger Woods memerhatikan pukulannya di lubang ketiga semasa pusingan pertama Kejohanan Hero Dunia PGA Tour di Kelab Golf Albany, New Providence, Bahamas, pada 30 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...