Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI – Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar di perairan antarabangsa, kata pegawai hari ini.

    Insiden itu berlaku pada Sabtu ketika kapal pembinasa Australia, HMAS Hobart sedang menguatkuasakan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara di perairan antarabangsa di Laut Kuning, kata Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan.

    Sebuah jet pejuang China, Chengdu J-10 menembak suar di laluan penerbangan helikopter tentera laut Australia, Seahawk yang dikerahkan dari Hobart, 300 meter di hadapan helikopter dan 60 meter di atasnya, kata Menteri Pertahanan, Richard Marles.

    “Ini adalah insiden yang tidak selamat dan tidak profesional,” kata Marles kepada agensi berita Nine News.

    “Kami tidak akan dihalang daripada terlibat dalam aktiviti sah yang ada untuk menguat-kuasakan sekatan PBB yang berkaitan dengan Korea Utara,” tambah Marles.

    Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan, kata Jabatan Pertahanan, sambil menambah kerajaan Australia menyatakan kebimbangan kepada kerajaan China. Tiada komen diterima daripada China hari ini.

    Ia adalah pertembungan paling serius antara tentera kedua-dua negara itu sejak Australia menuduh kapal pemusnah China, CNS Ningbo mencederakan penyelam tentera laut Australia dengan gelombang sonar di perairan Jepun pada November tahun lalu. Australia berkata China tidak mengendahkan amaran keselamatan untuk menjauhkan diri dari kapal frigat Australia, HMAS Toowoomba. – AP

    Timbalan Perdana Menteri Australia dan Menteri Pertahanan, Richard Marles (kiri), bercakap bersama Menteri Luar Australia, Penny Wong di Melbourne, Australia pada 1 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...