Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Al Jazeera digantung di Israel

    BAITULMAQDIS, 6 MEI – Siaran stesen televisyen, Al Jazeera, ditutup mulai semalam selepas Kabinet Israel memutuskan saluran itu sebagai ‘penjenayah’.

    Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengatakan Jemaah Menteri sebulat suara menetapkan ‘saluran TV yang menghasut’, Al Jazeera akan ditutup.

    Penutupan sementara saluran itu untuk tempoh 45 hari tetapi boleh dilanjutkan.

    Sejak semalam, skrin TV saluran berkenaan bertukar hitam dengan tulisan dalam bahasa Hebrew tertera, ‘Sudah digantung di Israel’.

    Arahan penutupan itu tidak terpakai di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang ditakluk Israel, di mana Al Jazeera menyiarkan secara langsung serangan tentera Israel yang didakwa menyasarkan kemudahan Hamas.

    Al Jazeera mengutuk keputusan Kabinet Israel itu sebagai jenayah dan mengatakan keputusan itu melanggar hak asasi manusia untuk mendapatkan maklumat.

    Persatuan Wartawan Asing berkata penutupan Al Jazeera di Israel ialah zaman gelap kepada media dan demokrasi, manakala Kumpulan Wartawan Palestin mengutuk langkah itu sebagai jenayah perang. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...