Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tingkat kefahaman, kepekaan keadaan cuaca semasa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Bagi meningkatkan kefahaman dan kepekaan pelbagai kumpulan pengguna dan orang ramai mengenai dengan keadaan cuaca semasa bagi Negara Brunei Darussalam, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), telah mengadakan Taklimat Cuaca Kebangsaan Kali Ke-23 bertempat di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan, pada hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan taklimat mengenai Monsun Barat Daya dan Peralihan Monsun ialah Pegawai Kajicuaca dari BDMD, Dayang Nadiahtul ‘Afifah binti Haji Mohd Yasin.

    Taklimat Cuaca Kebangsaan adalah merupakan salah satu inisiatif BDMD dalam usaha meningkatkan penglibatan kumpulan-kumpulan pengguna seperti Kumpulan Tindakan Awal dan Keselamatan, Kumpulan Ekonomi dan Industri, syarikat-syarikat pembinaan, syarikat-syarikat insuran, Perusahaan Kecil dan Sederhana serta pihak Media Massa.

    Taklimat tersebut juga akan dapat memudahcara kesiapsiagaan kumpulan pengguna dan orang ramai dalam membuat perancangan dan sebarang tindakan awal dalam menghadapi sebarang keadaan cuaca.

    Dayang Nadiahtul ‘Afifah dari BDMD semasa menyampaikan taklimat mengenai Monsun Barat Daya dan Peralihan Monsun.
    Antara yang hadir bagi mendengarkan taklimat tersebut yang diadakan di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan, hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...