Sunday, June 16, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    30 sertai kempen derma darah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 22 MEI – Seramai 30 orang telah menderma darah dalam kempen yang diadakan di Dewan Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) di sini, hari ini.

    Dianjurkan oleh BSRC dengan kerjasama Panaga Health dan Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, kempen berkenaan bertujuan untuk meningkatkan bekalan darah bagi membantu mereka yang memerlukannya.

    Seramai 33 orang telah mendaftar semasa kempen itu namun hanya 30 yang layak untuk menderma satu pain darah setiap seorang.

    Sebagai tanda penghargaan, para penderma darah telah menerima cenderahati selepas menderma darah yang disampaikan oleh kakitangan BSRC.

    Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran BSRC dengan kerjasama Panaga Health dan Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India bawa pulang jasad 45 mangsa kebakaran di Kuwait

    KOCHI, 14 JUN - Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kuwait kelihatan berduka di terminal lapangan terbang India hari...