Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tingkat kewaspadaan warga sekolah

    Oleh Nurdiyanah R. & Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan JBP

    TEMBURONG, 27 SEPT – Dalam usahanya untuk meningkatkan langkah kewaspadaan sekiranya berdepan musibah kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) terus giat mengendalikan latihan kebakaran dan pengosongan bangunan di sekolah-sekolah.

    Baru-baru ini, JBP melalui Balai Bomba Rataie dan Bangar telah mengadakan latihan berkenaan di Sekolah Rendah Rataie yang melibatkan seramai 292 warga sekolah termasuk murid-murid, para guru dan kakitangan.

    Hadir semasa latihan berkenaan ialah Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah, dan Stesen Komander Balai Bomba Rataie, Pemangku DSO Adanan bin Salat.

    Latihan serupa juga telah dijalankan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A dengan melibatkan 92 guru, murid dan kakitangan sekolah.

    Latihan-latihan berkenaan bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab dengan menitikberatkan aspek keselamatan kebakaran serta mengetahui tatacara yang betul untuk menyelamatkan diri apabila terjadinya kebakaran.

    Anggota bomba mengangkat ‘mangsa’ semasa latihan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna.
    Warga sekolah berkumpul di tempat perkumpulan semasa latihan di Sekolah Rendah Rataie.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...