Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan langkah pencegahan kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sebagai usaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan para guru dalam menangani operasi memadam dan menyelamat di sekolah, Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran Umum, Life Saver 995, di Sekolah Sinaran Pelangi Sengkurong pada 18 September lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, di sini, latihan itu melibatkan seramai 15 orang guru sekolah di mana mereka diberikan taklimat mengenai keselamatan umum, Life Saver 995, serta diberikan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api yang betul mengikut jenis dan selimut api.

    Taklimat itu dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan guru-guru mengenai bahaya kebakaran serta untuk memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek-aspek keselamatan kebakaran di sekolah.

    Dalam kenyataan itu lagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyarankan supaya orang ramai meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa cuaca tidak menentu, memastikan pemasangan dan penyambungan pendawaian elektrik dibuat oleh orang yang berkemahiran dan diiktiraf, tidak merasa cemas sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan menghubungi talian kecemasan bomba 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.

    Para guru diberikan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api yang betul mengikut jenis dan selimut api, baru-baru ini. – Gambar oleh JBP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda