Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan perkongsian perniagaan awam-swasta ASEAN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Komuniti perniagaan diseru meningkatkan hubungan dan dialog dengan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam usaha menjalin perkongsian awam-swasta yang akan membawa manfaat dan peluang lebih besar ke rantau ini.

    Perkara itu ditekankan oleh Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein dalam ucapan pembukaan Dialog Meja Bulat United Kingdom-Majlis Perniagaan ASEAN (UKABC) yang dihoskan bersama oleh UKABC dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN BAC) secara maya hari ini.

    Yang Berhormat Dato turut mengalukan-alukan sokongan UKABC dalam usaha Menteri-menteri ASEAN bagi Mesyuarat Tenaga (AMEM) yang mempromosikan agenda tenaga rendah karbonnya melalui pembabitan aktif dan kesedaran berterusan kalangan komuniti perniagaan UK tentang peluang terkini dalam ASEAN selain mempermudahkan perdagangan dan pelaburan.

    Beliau turut menyeru komuniti perniagaan UK menggunakan pengalaman dan kepakaran dalam industri untuk menyokong orang awam seperti inisiatif untuk memperbaiki standard hidup dan menjana peluang bagi rakyat ASEAN untuk menyumbang ke arah kemajuan ekonomi rantau ini. Dialog juga membincangkan sokongan UK bagi Brunei sebagai Pengerusi AMEM 2021.

    Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra turut menjelaskan, dalam perkembangan ke arah peralihan tenaga di rantau ASEAN, Brunei Darussalam selaku Pengerusi AMEM tahun ini akan menumpukan usaha berterusan mempromosikan gas asli cecair (LNG) sebagai salah satu sumber tenaga bersih, sumber tenaga baharu muncul seperti hidrogen, mengembang luaskan lagi pembangunan tenaga hijau dan teknologi termasuk tenaga diperbaharui dan Carbon Capture Utilization and Storage serta memperkukuhkan perpaduan dan identiti serantau dalam kalangan komuniti tenaga ASEAN.

    Dialog turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga, Haji Azhar bin Haji Yahya, Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Agnete Johnsgaard-Lewis dan Pengarah Urusan Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib.

    Yang Berhormat Menteri Tenaga semasa menghadiri Dialog UKABC. -Gambar serahan Kem. Tenaga
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda