Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tourism Malaysia adakan jelajah promosi di India

    NEW DELHI, 19 APRIL – Tourism Malaysia mengadakan jelajah promosi ke enam bandar di India untuk menarik kembali pelancong susulan penyambungan semula penerbangan antara Malaysia dan India yang mening katkan permintaan perjalanan.

    Memandangkan India membenarkan penerbangan penumpang antarabangsa pada 27 Mac dan Malaysia membuka semula sempadannya pada 1 April, jumlah penerbangan antara kedua-dua negara mencecah 76 penerbangan setiap minggu berbanding kira-kira 200 penerbangan sebelum pandemik.

    Lebih banyak penerbangan akan dibuka dan dijangka mengurangkan tambang bagi laluan Malaysia-India, kata pegawai Tourism Malaysia.

    Kumpulan industri pelancongan Malaysia terdiri ejen pelancongan, pengusaha hotel dan pengendali pelancongan telah memulakan jerayawara di New Delhi pada Isnin.

    Selain ibu negara India, jerayawara itu juga diadakan di Ahmedabad, Mumbai, Hyderabad, Bangalore dan Chennai bermula 18 hingga 30 April.

    “Ini adalah kempen antarabangsa utama kami yang pertama sejak pembukaan semula sempadan Malaysia. Memandangkan India sebagai antara sumber penting pelancong kami, ini adalah masa sesuai untuk mengadakan jelajah,” kata Pengarah Kanan bahagian promosi antarabangsa Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy.

    Jerayawara itu bertujuan menanam keyakinan dalam kalangan pelancong India bahawa Malaysia bersedia sepenuhnya untuk menyambut ketibaan pelancong. – Bernama

    Tourism Malaysia mengadakan jelajah promosi ke enam bandar di India untuk menarik kembali pelancong susulan penyambungan semula penerbangan antara Malaysia dan India.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...