Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota henti operasi 12 kilang di Jepun

    TOKYO, 29 OGOS – Toyota berkata hari ini bahawa ia menghentikan operasi di 12 daripada 14 kilangnya di Jepun disebabkan masalah sistem, dan dipercayai bukan serangan siber.

    Pembuat kereta terbesar dunia itu mengelak daripada membincangkan butiran lain mengenai insiden itu, yang bermula pagi tadi.

    “Dua belas kilang kenderaan, yang menjejaskan 25 talian, tidak dapat memproses tempahan untuk alat ganti kerana masalah sistem… Pada ketika ini, kami percaya ia bukan serangan siber,” kata jurucakap Toyota kepada AFP.

    “Kami akan terus menyiasat punca masalah itu dan akan memulihkannya secepat mungkin,” jelasnya.

    Ia masih tidak jelas bila pengeluaran biasa akan dapat disambung semula. Ia juga tidak menyatakan sama ada kilang di luar negara turut terjejas.

    Logo Toyota Motor kelihatan di bilik pameran kereta di Tokyo, Jepun. – AFP

    Kilang Toyota di wilayah selatan Kyushu dan kilang anak syarikat Daihatsu di Kyoto kekal beroperasi, kata jurucakap itu.

    Berita itu menyebabkan saham Toyota menurun dengan nilai dagangan 0.64 peratus lebih rendah pada 2,421 yen.

    Namun penjualan itu nampaknya semakin berkurangan sebelum rehat tengah hari di pasaran Tokyo.

    Tahun lalu, Toyota terpaksa menggantung semua kilang domestiknya selepas anak syarikatnya mengalami serangan siber.

    Syarikat itu adalah antara yang terpenting di Jepun, di mana aktiviti pengeluarannya mempunyai kesan yang luar biasa kepada ekonomi negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda