Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Traktor terbalik, 27 maut jatuh dalam kolam

    NEW DELHI, 2 OKT – Seramai 27 penganut agama Hindu dalam perjalanan pulang dari sebuah kuil di India maut apabila traktor yang menarik troli dinaiki mereka terbalik dan terjunam dalam kolam di Uttar Pradesh.

    Kemalangan di bandar Kanpur itu turut menyebabkan 22 lagi cedera, lapor The Times of India.

    Menurut laporan itu, troli ditarik traktor itu membawa pulang jemaah beragama Hindu dari kuil Chandrika Devi.

    Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah dalam tweet terbaharunya sejurus selepas kejadian.

    “Tertekan dengan nahas traktor-troli yang berlaku di Kanpur.

    “Ingatan saya dituju kepada mereka yang kehilangan orang terdekat dan tersayang serta doa buat mereka yang cedera,” kata Modi di Twitter.

    Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath berkata kenderaan sebegitu sepatutnya hanya digunakan untuk mengangkut barangan ladang dan pengangkutan, bukan manusia.

    Difahamkan operasi mencari dan menyelamat telahpun selesai dan siasatan akan punca kejadian sedang dijalankan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...