Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Transformasi Mahkamah Bumiputera Sarawak bakal dilaksanakan

    KUCHING, 23 MEI – Pelaksanaan transformasi Mahkamah Bumiputera Sarawak dijangka bermula tahun hadapan bagi membolehkannya menjadi sebuah institusi kehakiman yang bebas dan berautonomi seperti Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

    Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Undang-undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat berkata pada masa ini kajian transformasi adalah pada peringkat akhir, dan pihak kerajaan Sarawak sedang dalam proses untuk meneliti dan mengkaji syor-syor yang disarankan oleh pihak konsultan.

    “Tindakan susulan seterusnya, setelah menerima laporan akhir daripada konsultan dan kelulusan jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu, kerajaan akan membentang kepada Kabinet negeri Sarawak untuk pertimbangan dan kelulusan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda