Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tren kargo China-Eropah pertama 2025 bertolak dari Xinjiang

    BEIJING, 2 JAN – Tren kargo China-Eropah pertama bagi tahun 2025 bertolak dari pintu keluar masuk Alashankou, wilayah Xinjiang di barat laut China menuju ke Poland, pada 12.20 tengah malam 1 Januari.

    Pintu keluar masuk Alashankou telah menawarkan perkhidmatan jaminan dan sokongan yang mantap kepada operasi tren kargo China-Eropah sepanjang 2024.

    Masa berhenti tren juga dikurangkan manakala kecekapan pemuatan dan pemunggahan barangan terus ditingkatkan.

    Sehingga kini, perkhidmatan tren kargo China-Eropah yang melalui Alashankou melibatkan 123 laluan, menghubungkan 21 negara dan wilayah di Eurasia, termasuk Jerman dan Poland.

    Dalam pada itu, penghantaran barangan dalam pelbagai jenis turut memberikan momentum baharu kepada perdagangan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). – Bernama

    Sebuah tren kargo China-Eropah yang menuju ke Tashkent, Uzbekistan, menunggu keberangkatan di Stesen Pelabuhan Antarabangsa Xi’an di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, pada 31 Disember 2024. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda