LOS ANGELES, 24 Feb – LeBron James merekodkan ‘triple-double’ keenamnya musim ini semalam ketika pasukan Cleveland Cavaliers mengekalkan penguasaan mereka ke atas New York Knicks dengan kemenangan 119-104 NBA.
James menjaringkan 18 mata, mencatatkan 13 ‘rebound’ dan menghasilkan 15 asis bagi ‘triple-double’ ke-48 sepanjang kerjayanya.
Kyrie Irving menerajui Cleveland dengan 23 mata, sementara Kyle Korver menambah 20 dari bangku simpanan untuk membantu pasukan Cavs bermula dengan kuat selepas rehat All-Star.
Courtney Lee dari New York Knicks mendahului semua penjaring dengan 25 mata. Carmelo Anthony menambah 20 dan Derrick Rose menjaringkan 13 ketika bintang Knicks, yang menjadi tumpuan terhadap pertukaran, masih kekal selepas tarikh akhir pertukaran petang semalam berakhir.
Juara Cavaliers mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut dan mempunyai kedudukan 8-1 bulan ini. Ia adalah kemenangan ke-10 mereka ke atas Knicks, yang tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.
![Bintang Cavs, LeBron James (23) cuba mendapatkan bola yang terlepas dalam aksi separuh masa pertama menentang New York Knicks. – AFP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/LEAD-nba-P23_250217.jpg)
Menjadikan kekalahan itu lebih menyakitkan, pemain Knicks, Kristaps Porzingis mengalami kecederaan di buku lali dan tidak beraksi bagi separuh masa kedua. Dia menamatkan dengan lapan mata dalam 16 minit sebelum cedera, yang diperiksa sebagai terseliuh.
Tristan Thompson mencatatkan ‘double-double’ keempatnya berturut-turut bagi Cleveland dengan 10 mata dan ‘14 rebound’.
Irvings menyaksikan dua rekod jaringan peribadi berakhir. Apabila dia tidak beraksi bagi keseluruhan suku keempat, dia ketinggalan dua mata bagi sekurang-kurangnya menjaringkan 25 mata bagi perlawanan keenam berturut-turut.
Dia juga menyaksikan rentetan 29 jaringan melalui lontaran bebas berakhir apabila terlepas percubaan pertamanya dari garisan ketika perlawanan berbaki 3:25 pada suku kedua. – AFP