Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Troli pintar EzyCart bakal digunakan di pasar raya M’sia

    PUTRAJAYA, 13 JUN – Troli beli-belah pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI), EzyCart, yang merupakan produk inovasi tempatan akan digunakan di pasar raya besar terkemuka di Malaysia seperti Redtick, Lotus’s dan Jaya Grocer.

    Dibangunkan melalui kerjasama NanoMalaysia Bhd dan penyedia penyelesaian automasi runcit berasaskan AI, Retailetics Sdn Bhd, produk pintar itu mempunyai teknologi seperti imbasan kod bar, pengesahan berat barangan dan gabungan sensor ciri canggih yang dapat mengelak risiko kecurian.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata EzyCart itu, yang dilengkapi dengan sistem e-dompet, juga membantu pengguna mencari produk di rak barangan serta menggunakan bahan antibakteria berasaskan teknologi nano bagi memastikan ia sentiasa bersih.

    Ditemui selepas pelancaran EzyCart oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Redtick Putrajaya hari ini, beliau berkata NanoMalaysia memperuntukkan dana RM1 juta bagi pembangunan troli tersebut. Buat permulaan, katanya EzyCart akan diaplikasikan di  Redtick Putrajaya dengan sebanyak 10 troli diletakkan di pasar raya itu.

    “Kita (NanoMalaysia) juga akan membimbing  Retailetics bagi tujuan pemasaran produk sehingga dapat menembusi pasaran rantau Asia Tenggara,” katanya. – Bernama

    Tropi Pintar EzyCart kelihatan di salah sebuah pasar raya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda