Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump sahkan Jong Un masih hidup

    WASHINGTON, 28 APRIL – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un masih hidup, dengan mendoakan kesihatannya selepas beberapa hari timbul spekulasi mengenai keberadaan diktator itu.

    Trump yang ditanya sama ada beliau mempunyai maklumat terkini mengenai kesihatan Jong Un, berkata: “Ya, saya mempunyai idea yang sangat baik, tetapi saya tidak boleh bercakap mengenainya sekarang … saya berharap dia baik-baik saja.

    “Secara relatif, saya tahu bagaimana keadaannya,” katanya pada sidang media Rumah Putih. Trump berkata media mungkin akan mendapat berita mengenai Jong Un tidak lama lagi.

    Spekulasi mengenai kematian Jong Un mula timbul sejak beliau tidak hadir pada sambutan tahunan ulang tahun bekas pemimpin negara itu, iaitu, datuknya Kim Il Sung pada 15 April lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda