Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump singkatkan perbualan telefon dengan Turnbull

    SYDNEY, 2 Feb – Presiden Donald Trump mengkritik rakan sejawatannya dari Australia minggu lalu dengan mengecam perjanjian pelarian yang kemudian digambarkannya di Twitter sebagai ‘persetujuan bodoh’, kata laporan.

    The Washington Post berkata Trump memendekkan perbualan selepas mengkritik persetujuan itu bagi menempatkan semula orang yang diletakkan di khemah-khemah Pasifik sehingga mencetuskan perbalahan bersama Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull hari ini selepas laporan itu muncul.

    Australia yang digambarkan sekutu rapat AS, dan salah satu daripada apa yang digelar “Lima Mata” di mana AS secara rutin berkongsi maklumat sensitif dan panggilan telefon itu mungkin dijangka sebagai berjaya.

    Tetapi, menurut Post, penilaian Turmp pula bertentangan. Daripada empat perbincangannya bersama para pemimpin dunia hari itu, “ini adalah panggilan terburuk setakat ini,” Post memetik ketika memberitahu Turnbull, sejurus sebelum dia menamatkan mesyuarat menerusi telefon.

    Sumber kerajaan Australia memberitahu Australian Broadcasting Corporation laporan itu “adalah tepat”. Turnbull berkata dia kecewa maklumat perbincangan “yang jujur dan terus terang” itu dibocorkan.

    Presiden Trump sedang bercakap melalui telefon dengan Malcolm Turnbull sambil ditemani Penasihat Keselamatan AS Michael Flynn (tengah) dan Ketua Strategi AS Steve Bannon (kanan) di Oval Office, Rumah Putih pada 28 Januari lalu. – AP
    Presiden Trump sedang bercakap melalui telefon dengan Malcolm Turnbull sambil ditemani Penasihat Keselamatan AS Michael Flynn (tengah) dan Ketua Strategi AS Steve Bannon (kanan) di Oval Office, Rumah Putih pada 28 Januari lalu. – AP

    “Mengenai panggilan tersebut, saya merasa kecewa bahawa berlaku kebocoran terhadap maklumat panggilan di Washington,” dia memberitahu stesen radio Sydney 2GB.

    “Tetapi saya mahu membuat satu pemerhatian bahawa laporan presiden meletakkan telefon adalah tidak benar. Panggilan itu berakhir dengan baik.”

    Dia menambah Canberra memiliki “standard yang kuat dengan cara kami berhadapan pemimpin lain dan tidak akan mendedahkan maklumat perbincangan selain perkara yang dipersetujui”.

    Perkiraan The Post jelas berbeza daripada penjelasan panggilan rasmi yang diberikan oleh kedua-dua kerajaan.

    Turnbull Isnin lalu berkata Trump bersetuju menghormati persetujuan bersama bekas Presiden Barack Obama untuk menempatkan semula 1,600 warga Australia yang berada di pusat pemprosesan luar pantai di Nauru dan Papua New Guinea. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda