Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tuah Adzmi mahu fokus kerjaya seni

    Demi memberi fokus kepada kerjaya seni selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Tuah Adzmi membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai pembantu stor di kilang mencetak al-Quran.

    Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, berkata, dia bimbang tidak dapat memberi komitmen terhadap tanggungjawab tersebut jika terpaksa mengambil cuti untuk menerima tawaran persembahan atau terlibat program seni.

    “Untuk memberi fokus kepada kerjaya seni, saya tidak sambung bekerja di kilang kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen jika ada program berkaitan dunia seni.

    “Selepas BS22 ruang untuk saya dalam industri lebih besar. Peminat tidak hanya kenal lagu saya tetapi tahu mula kenal nama dan siapa saya yang sebenarnya.

    “Saya juga akan ambil kelas latihan vokal untuk meningkatkan kualiti nyanyian. Sebelum ini saya tidak pernah berlatih secara formal,” katanya kepada mStar.

    Tuah Adzmi membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada kerjaya seni. – Agensi

    Dalam pada itu, Tuah mengaku namanya mula dikenali dan mendapat perhatian apabila video ditegur juri Mas Idayu ketika konsert minggu kedua tular dan mendapat reaksi pelbagai pihak. Pada minggu tersebut Mas Idayu selaku juri pedas bertanyakan kepada Tuah maksud pitching selepas dia membuat persembahan lagu Luar Biasa nyanyian asal Ismail Izzani. Tuah bagaimanapun ketika itu dilihat kurang berkeyakinan memberi jawapan sehingga dianggap tidak tahu makna sebenar perkataan yang diajukan Mas Idayu.

    “Sebenarnya teguran itu membawa tuah buat saya kerana ia menjadi tular dan orang mula kenal siapa Tuah Adzmi.

    “Mummy (Mas Idayu) ada menghubungi saya selepas BS22 dan menawarkan untuk memberi latihan vokal, namun kami masih belum berkesempatan untuk berjumpa,” jelasnya. Sementara itu, sebagai penyanyi baharu, Tuah juga sedar pasang surut dalam dunia hiburan yang tidak boleh terlalu bergantung terhadap kerjaya nyanyian sebagai sumber pendapatan.

    Justeru itu, dia sudah ada perancangan bagi mengelakkan berlaku masalah kesempitan wang.

    “Saya tahu pendapatan sebagai seorang artis tidak menentu. Jadi sejak awal lagi sudah ada perancangan sendiri agar ekonomi tidak terjejas.

    “Saya ada akaun YouTube sendiri yang telah pun menjana pendapatan sebelum ini. Jadi itulah yang akan saya teruskan supaya sentiasa ada sumber kewangan,” jelasnya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...